Malaysia Debate|Politik Malaysia

Google

Thursday, June 04, 2009

Unfair Payment




Danial was charged with stealing a Mercedes Benz and, after a long trial, the jury acquitted him. Later that day Danial came back to the judge who had presided at the hearing.


"Your honour," he said, "I wanna get out a warrent for that dirty lawyer of mine."


"Why ?" asked the judge. "He won your acquittal. What do you want to have him arrested for?"


"Well, your honour," replied Danial, "I didn't have the money to pay his fee, so he went and took the car I stole."

Tuesday, May 26, 2009

Politik Perak Lagi.....

Politik Perak yang tak habis habis lagi ni...

Aku dah cakap, kalau keputusan Mahkamah Rayuan berpihak pada PR, dia canangkan lah kesana sini kepelusuk Malaysia sampai ke kampung orang asli kononnya Nizar and the gang dalam PR tu betul. Bila keputusan Mahkamah lain dari yang diharapkan mereka, tentu perkara lain akan mereka timbulkan. Aku dah tau awal awal dah....

Aku dengar mereka nak mogok lapar pulak....
Laa hai.. mogok lapar je, heh heh heh, tawa ngilai aku dengar berita yang sangat
sensasi dan mengharukan tuh... meleleh leleh air mata aku dengar nya.

"Kelakar of the year"...

Kalau aku lah PM atau TPM, usah kan nak mogok lapar, aku akan cakap kat dia orang tu,

"Kok you all nak bunuh diri makan racun RoundUp+Gromoxone pun aku tak heran, nak naik puncak KLCC pas tu ikat batu bata kat kaki biar lagi laju lagi bagus pas tu terjun ke bawah pun lagi aku tak kisah, ini kan pulak nak mogok lapar, jangan lah buat kelakar menyampah tu, malu cucu cicit nanti..."

Orang orang PAS dan PR tu, bawak bawak lak Istighafar banyak banyak, siang malam, pagi petang, kalau dah tak dapat tu, itu tanda Allah belum izinkan buat masa ni..
jangan merapu sana sini buat kecuh tak habis.

Orang kuat PAS, Tok Nik Aziz tu pun satu hal, awak tu tok guru gah nama, nama besar dalam hal ehwal agama PAS, tak kan tak leh nasihatkan anak buah yang bernama Nizar tu yang sesuatu ketentuan itu atas izin Allah jua. Jangan jadi macam orang dalam PKR, dulu kena pecat, sampai lah ni nak buat huru hara sana sini. Api dalam sekam...
padam tidak menyala pun tidak. Tunggu masa je nak marak...

Darker Than Black!
Hot and Spicy!

Friday, May 22, 2009

Politik Perak

Tak habis habis lagi kes politik Perak ni.

Turun naik mahkamah pulak dah..

Sorang kata dia betul...
Sorang lagi kata orang lagi satu tu salah...

Pada aku, kalau orang dah tamak, tak kiralah tamak apa pun,
lebih lebih lagi tamak kuasa, apa yang salah pun jadi betul...

Sampai jadi perang saudara pun dia sanggup, nak betulkan yang dia ingat betul tu.
Tu sebab penyokong penyokong PKR, PAS, DAP dok riuh huru hara kat Perak tu..
nak tunjuk dia betul. Sampai tak tau undang undang lagi dah. Kalau kita tegur dia
kata, " Mana boleh, ini hak kita!". Sultan Perak cakap pun dah tak laku lagi dah..

Cakap konon setia pada Raja dan Negara, hapah pun tidak...
Tamak punya pasal, apa pun dah tak boleh pakai...nak ikut cakap dia je...
Kalau mahkamah kat Malaysia ni tak menyebelahi mereka, saya rasa dia orang
ni sanggup mengadu kat ICJ.. ( Mahkamah rayuan antarabangsa tu lah...)
Tak caya tenguklah nanti...
Macam Singapura dulu, tamak kan Pulau Batu Putih yang bukan dia punya dan
dia tau pulau tu bukan dia punya, sebab tamak yang meluap-luap, last last ngadu
ICJ.. Kat Perak ni pun nampak gayanya akan jadi sama lah nanti. Ngadu kat mahkamah sana, ngadu kat mahkamah sini, selagi lum sampai hajat busuk nya tu, selagi tulah
tak selesai selesai...

Hari ni, 22.05.2009, jam 03.30 ptg (masa saya nulis blog ni, 0252 ptg, lebih kurang 1/2 jam je lagi) Mahkamah Rayuan pulak akan bagi keputusan siapa yang sepatutnya jadi MB Perak. Lepas 03.30 ptg nanti, tak tau lah apa jadi... kalau berpihak pada
PR, diam lah dia orang tu, kalau berpihak pada BN, satu babak kecuh dan kelamkabut akan bermula lagi kat Perak. Sebabnya, ada satu DALANG yang akan memulakan konon nya tak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Dalang ni nanti akan mencucuk sana, mencucuk sini, cucuk orang PAS, cucuk orang DAP, orang PKR tak payah cucuk lah, memang hal hal lain pun dia hari hari cucuk. Tu sebab pengikut PKR dah jadi buta mata buta hati. Orang lain sanggup bersumpah, tapi si DALANG ni asik kata
"alah, siapa siapa pun boleh bersumpah, semua sumpah bohong", tapi dia sendiri tak
berani bersumpah, pun pengikut penyokong dia mati hidup balik pun tetap percaya jugak kat dia ni, melaun punya maknusia.

Dah lah, nanti sambung lain kali...

Aku banyak kerja nak buat ni...

Darker Than Black, Hot and Spicy!



bermula

Tuesday, April 14, 2009

Tahniah Dato' Najib

Lambat sikit je. Sibuk sangat lak sampai tak sempat nak blogging.

Apa pun yang pentingnya, Dato' Najib dah dilantik sebagai PM Malaysia ke-6. Begitu juga barisan kabinetnya dah dibentuk. Tahniah dan Syabas semua!

Saya harap Dato' Najib menyambung kredibiliti Allahyarham Tun Abd Razak, ayahnya. Masa Allahyarham Tun Razak jadi PM dulu, saya baru sekolah rendah, tapi saya dah baca surat khabar masa tu dan dah baca apa yang Allahyarham buat pada Malaysia, Tanahair Ku. Kegemilangan Malaysia bermula dari saat itu. Jasa beliau tak terkira banyaknya walaupun hanya singkat berkhidmat. Saya nak tenguk pewaris dia pulak. Sama atau lebih. Sepatutnya mesti lebih. Zaman dan keadaan dah berubah. Tak kan sama jugak. Jangan kurang.

Yang pentingnya, bukan pada PM saja, tapi pada semua orang dalam kabinet tu. Ambil tahu dan ambil berat apa yang rakyat mahu. Rakyat luarbandar terutamanya. Rakyat luarbandar ni lah golongan yang paling senang sangat kena cucuk dek orang-orang yang kononnya datang melawat tapi sebenarnya datang menyebar fitnah melaun.

Memanglah kerajaan tak dapat nak bawa pembangunan besar-besaran ke luarbandar untuk puaskan hati penduduk luarbandar, tetapi tentu ada secebis dari kek itu untuk orang luarbandar yang menjadikan mereka happy berkerajaankan BN bawah Dato' Najib ni. Kalau setakat asik sebut RM 10 juta untuk ini, RM 20 juta untuk itu, orang kampung mana tahu, meraka tak nampak langsung semua yg dikatakan RM juta-juta tu. Yang mereka tahu, dan sentiasa ambil tahu ialah : beli beras RM XX sekilo, minyak masak RM YY sekilo. Itu je yang mereka ambil tau. Jangan lah nak tunjuk hebat cakap-cakap RM juta itu, RM juta ini. Tak ada depan mata mereka, macamana mereka nak pecaya. Point tak nampak depan mata nilah yang dijadikan tuba dek pembangkang nak racun orang kampung.
Tu sebab, bila ada satu orang dari satu kaum cakap berapi-api, ari ni jadi PM, esok minyak turun, mereka yg dengar ni seronok gila. Walaupun kita (saya) tahu yang cakap tu terkenal pada kita pembohong besar, penipu melangit, bapak temberang janji perkara tak masuk akal punya, tapi bila dia cakap "Kalau ari ni aku jadi PM, esok harga minyak turun RM 10.00 (bukan RM 1.00 ya!), mereka semua ni pecaya buta juga.

Oleh itu pak menteri pak menteri sekalian, jangan lah nak cerita RM XXX juta kita agihkan untuk ini, RM YYY juta kita buat untuk itu, usahkan orang kampung, aku sendiri malas nak dengar. Aku tak nampak semua tu! Aku cuma dapat dengar je.

Tinggal lagi aku ni celik mata celik hati, tak nampak pun aku boleh pecaya. Itu pulak kelebihan aku ni! Jangan marah lak ya...

Pada aku, orang yang banyak pengalaman ni, senang je nak ambil hati rakyat ni. Tak caya cuba ikut formula aku ni. Senang je...

Pada agihkan RM XXX kat sana kat sini tu, ambil sikit dari RM XXX, kata lah 10% je, jadikan sabsidi untuk harga minyak (petrol/diesel), harga tepung, harga beras, harga minyak masak, pokok kata semua harga barang-barang keperluan penting. Lepas tu turunkan semua harga barang-barang keperluan penting tadi tu sekurang=kurangnya paling tidak 15% setiap harga barang. Contoh, minyak petrol sekarang ni RM 1.80, turun 15% jadi RM 1.53, dan seterus dan seterusnya. Barulah rakyat happy dan dapat merasakan apa yang sebenarnya yang dibuat oleh kerajaan bagi mereka. Memang susah bagi kerajaan nak terima dan buat cadangan aku ni, tapi itulah yang selama ni dicucuk oleh pembangkang pada rakyat.

2 pilihanraya kecil baru lalu menampaknan hakisan kepercayaan rakyat pada kerajaan. Sikit sikit dah terhakis, lama-lama? Puncanya? Tak lain dan tak bukan ialah adanya satu satu orang dari satu kaum yang mengapi-apikan yang kalau dia dan partinya memerintah, semua yang tak masuk akal tu mereka boleh buat. Sedangkan kerajaan sedia ada asik dengan acuan lama, cara lama, cara lapuk nak ambil hati rakyat sedangkan 80% rakyat tak nampak langsung apa yang kerajaan dah buat bagi mereka. Yang dapat menafaat lebih hanyalah kalangan orang kerajaan dan yang berkaitan saja. Sedangkan orang kampung, rakyat luarbandar, peneroka, yang berpendapatan rendah, yang miskin masih lagi membeli beras dengan harga paling rendah RM28.00/10kg.

Pak menteri sekalian tak rasa susah. Beras RM 60.00/kg pun tak jadi hal. Orang kampung tu?

Buatlah sesuatu yang rakyat dapat merasa faedahnya. Hari ni kerajaan buat, hari ni juga rakyat dapat rasa faedahnya, nikmatnya. Tak lain dan tak bukan melainkan segala-galanya berkiatan harga barang keperluan harian!
Barulah hati rakyat senang, happy.
Tak payah pilihanraya pun kerajaan BN akan sentiasa tetap dihati rakyat. Rakyat akan tetap mengundi BN didalam hati mereka...
Kerajaan Malaysia kerajaan berduit, kalau tak tak kan RM 7 billion, senang-senang boleh inject.. tapi aku sendiri tak dapat nikmati nya pada hari ini jugak, nak tunggu berapa tahun agaknya ya..... atau.. entahlah..

Nak laksanakan memang susah. Tapi kerajaan pilihlah sendiri.. nak semakin hilang terhakis atau kekal dihati rakyat...

Darker Than Black! Hot and Spicy!

Sunday, March 29, 2009

Perhimpunan Agung UMNO

Salam untuk semua orang Melayu di Malaysia, orang UMNO lah siapa lagi.

Perhimpunan dah habis. Pemilihan pun dah selesai. Kita dah tahu siapa terpilih, siapa yg tak terpilih. Yg terpilih, sama-samalah kita ucapkan tahniah. Yg tak terpilih, sama-samalah kita ucapkan salam...
Adat bertandinglah ada menang ada kalah. Tak kan semua menang. Kalau semua menang tak lah namanya bertanding. Hanya satu perkara sahaja yg kita boleh sama-sama menang, yakni, anggaplah semuanya WIN-WIN, Menang-Menang. Dapat masuk bertanding, ada orang calonkan untuk bertanding tu, dah kira menanglah tu.

Orang UMNO nak pembaharuan dalam parti. Mereka lantik melalui undi mereka siapa yang mereka fikir boleh membawa pembaharuan tersebut. Maka mereka-mereka yg menang tu patut tahulah tugas mereka lepas ni. Jangan asal ada saja perhimpunan, cakap pun berapi-rapi, nak pembaharuan itu, nak pembaharuan ini. Tak nak cakap direct, cakap dengan pantun-pantun, berbunga-bunga, lintuk liuk wakil-wakil bagi tau mereka nak pembaharuan. Bila dah dipilih, yang kena pilih sama saja rentak lagu macam dulu-dulu. Mulalah kedengaran sana sini, rasuah politiklah, skandal lah, kes itu kes ini lah. Macam-macam lah tu mula timbul. Belum sempat buat pembaharuan, dah kena tonyoh dengan macam-macam kes, skandal. Ni yang aku benci sekali dengan perangai orang politik UMNO ni. Tak boleh menerima hakikat kekalahan. Nak menang je...

Yang menang tu pun kena ingat-ingat sentiasalah ya, belum tentu kemenangan tu boleh sampai ujung jalan. Sejarah pemilihan UMNO dulu-dulu banyak catatan buruk. Dah menang, mulalah timbul sok-sek sana sini. Ada yang menang tu, tiba-tiba kena tindakan singkir pulak.. Sebabnya... POLITIK WANG. Yang timbulkan tu bukan orang luar dari kalangan musuh UMNO, bukan orang PAS, bukan orang PKR, bukan orang DAP. Tetapi dari orang dalam UMNO tu sendiri.. Orang yang tak boleh menerima hakikat kekalahan. Yang kalah atau penyokong yg kalah, Mulalah korek sana korek sini, gali lubang, cari lubang nak jatuhkan yg menang tadi tu. Silap-silap yg menang tadi tu tersembam dalam lubang-lubang yg digali dek orang UMNO tadi tu...

Ingatlah ya, orang-orang UMNO yg dengki khianat, irihati melambak timbul setiap kali lepas selesai Perhimpunan... Bak kata pepatah Melayu, macam cendawan tumbuh lepas hujan. Cendawan beacun... tak leh makan punya..

Darker Than Black! Hot and Spicy.

Badleeshah

Thursday, March 12, 2009

Science and Mathematics In English in Malaysia

Ni dah kecuh satu lagi hal..
Pasal PPSMI pulak. Kok yang buat kecuh tu budak budak sekolah tak lah aku ambil peduli sangat. Ini orang tua tua yang dah bertaitel hebat hebat. Sama hebat macam janggut janggut nya tu.
Orang Melayu ni kalau nak disuruh maju memang susah betul. Ada saja bangkangannya. Tak sudah-sudah.
Aku dulu masa sekolah. Baik sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, kolej ke, aku belajar semua dalam bahasa Inggeris. Bukan Matematik dan Sains saja, wahai tok tok professor ooi, semua mata pelajaran guna BI. Bahasa Malaysia dan Pelajaran Agama Islam saja yang diajar dalam Bahasa Melayu, yang lain semua dalam bahasa Inggeris. Tak pulak aku kat rumah ke, kat jalan ke, kat pejabat ke, kat mana-mana baiklah, asik cakap guna bahasa Inggeris je. Tak ada langsung aku lupakan Bahasa Ibunda aku Bahasa Melayu ni. Kesana kemari aku gunakan BM bila berkomunikasi. Kecuali dengan bangsa lain aku hentamlah BI aku pulak..

Tu ha, yang dikatakan Angkasawan pertama Malaysia yang dah naik angkasa tu, dia guna BM ke dengan orang orang angkasawan Russia dulu tu. Macamana jauhnya jarak bumi dengan angkasa yang angkasawan kita naik tu, macam tu lah jauhnya jarak BM kita dengan Dunia luar tu. Kok tok-tok professor tu dah menjulang tinggi sangat BM kita kat mata dunia, tiba-tiba bila kita guna BI dalam sains dan matematik disekolah, langsung melempemg mertabat BM kita kat mata dunia, bolehlah kok nak bising-bising, riuh rendah, hiruk pikuk sana sini protes. Ini dia pun asik bersajak dengan sastera lama dia tu nak angkat mertabat BM kat mata dunia macamana.

Dulu-dulu zaman penjajah barat menjajah negara kita dulu memang dia orang tu belajar bahasa Melayu ni. Bukan pasal bahasa Melayu bahasa dunia masa tu, penjajah tu belajar bahasa Melayu sebab senang penjajah tu nak cakap, nak tipu Raja Melayu, orang-orang besar Melayu masa tu. Raja-raja Melayu dan orang-orang besar Melayu yang hebat bercakap dengan bahasa Melayu Ibunda sendiri pun dapat di tipudaya, dikotak katik dek penjajah barat yang cakap Melayu masa tu pun simpang-siur bunyinya.

Hari ni, yang serba serbi teknology canggih ditulis dalam BI, bukan sains dan matematik saja, semua berkaitan ilmu pelajaran dunia ditulis dalam BI, kita kat Malaysia ni lagi sibuk tak tentu hala nak guna BM. Dalam pada nak cari ilmuan nak suruh 'translate' buku berkaitan teknology tinggi tu kedalam BM, orang lain semua dah maju kedepan, kita kat Malaysia ni terhegeh-hegeh lagi kat belakang tu cari formula dalam BM. Tu sebablah apa pun ilmu teknology yang dibawa masuk kat Malaysia ni 'ertikata TRANSFER of TECHNOLOGY' tak dapat dibuat, tak dapat diserapkan kat Malaysia ni, kerana kita sibuk nak ilmu tu dalam BM, sedangkan kalau digunakan bahasa teknology tu dengan bahasa yang sediada tu kan lagi mudah, belajar sajalah dengan bahasa asal buku tu.

Ini tok-tok professor yang ketinggalan zaman ni, elok-eloklah mahasabah diri. Jangan asik fikir yang negatif saja, fikirlah yang positif tu lebih banyak. Tak rugi langsung kalau guna BI untuk sains dan matematik tu. Yang pentingnya, orang Melayu maju...

Asik nak protes tak habis-habis.
Aku nak tanya sorang professor yang hebat lebat misai dan janggutnya yang aku nampak beriya-iya sangat protes tu. Apa sumbangan dia untuk meningkatkan martabat BM dalam ilmu sains dan teknology serta matematik kat Malaysia ni. Kalau asik bersatera bersajak saja, tak payahlah... Bersatera bersajak je mana nak maju...zaman Hang Jebat dulu bolehlah...

Darker Than Black! Hot and Spicy!

MergaPaksi.

Wednesday, March 04, 2009

Biadap Celupar betul mulut Karpal Singh sial tu!!
Celaka bangsat betul mulut singh seko ni. Makin melampau betullah dia ni..
Hangin betul aku dibuatnya..
Aku busungkan nanti baru dia tau...

Kalau aku ada dalam Dewan Rakyat masa dia cakap 'Pemuda UMNO celaka tu', memang aku dah melompat pegi kat dia tu, memang aku tampar mulut dia jam-jam tu jugak. Aku peduli apa. Mulut kurang ajar dia tu kita nak biarkan ke? Apa nak takut. Nak biar kan ke dia suka-suka cakap macam tu. Biar aku kena halau keluar dewan tu pun tak pe, kok polis heret aku keluar pun tak pe, janji aku dapat tampar mulut dia tu.. Biar dia tau orang Pemuda UMNO tu siapa yang dia suka-suka nak kutuk tu.

Sepatutnya Yang diPertua Dewan dah halau dia keluar dari dewan jam tu jugak dan ban dia seumur hidup jangan bagi masuk dalam dewan tu. Ini tidak, lagi dibiarkan dia duduk kat dalam tu dengan mulut biadap kurang ajarnya tu. Tak ada ke ahli dewan dari orang UMNO kat dalam tu yang berani nak menampar mulut dia tu. Takut sangat ke kena halau dari dalam dewan tu. Takut sangat ke sial seko tu buat laporan polis. Sampai dibiarkan sibangsat ni suka suka hati kata pemuda UMNO celaka. Ingat dia lawyer tu power sangat ke dia...

Orang kurang ajar macam dia ni jangan biarkan, nanti naik tocang dia..
Aku pesan je.. Kalau dibiarkan makin melarat dia nanti. Hari ni dia kata Pemuda UMNO celaka, entah-entah esok-esok dia kata orang Melayu pulak celaka. Jangan main API Karpal Singh oii..Kok tak tahan nanti..

Bila datang orang Pemuda UMNO nak hambat dia, kecut pulak dia tu. Tau pulak takut menggigil. Yang dipertua dewan tu pulak cakap konon keselamatan dia terjamin. Orang macam tu nak dijamin ke keselamatan dia ke? Orang macam tu kita nak jaga ke?
Dia ingat ni negeri Kerala kat India tu ke. Lagi nak dibiarkan duduk dalam dewan tu. Berani cakap beranilah tanggunglah patutnya. Pegilah hadap orang Pemuda UMNO yang datang nak hambat dia tu. Kenapa lak nak panggil polis.

Lepas tu salahkan yang diPertua dewan konon tak ambil berat tentang keselamatan ahli-ahli dewan. Mulut sial dia tu yang mulakan, lagi nak salahkan orang lain.

Sial punya singh macam tu pun ada kat Malaysia ni...
Halau dia keluar dari Malaysia ni! Orang macam tu tak patut ada kat Malaysia...

Darker Than Black! Hot And Spicy!

Tuesday, February 10, 2009

Politik PAS.PKR.DAP ala Kaduk naik junjung

PR Perak oh PR Perak...
Kaduk hilang junjung... Akhirnya berkubur jugak...

Bila ada orang yang tak boleh menerima kenyataan dan hakikat bahawa dia hilang kuasa, jadilah seperti di Negeri Perak sekarang ni. Tiba-tiba kuasa yang ada lenyap begitu sahaja. Sekelip mata berkubur. Mana boleh terima. Terpinga-pinga jadinya. Mengigau ke, mimpi ke, betui ka ni. Kecuh hebuhlah segenap negeri... Seperti Singapura dilanggar todak..

Orang tua DAP sorang tu pun semakin melatah-latah kesana kemari. Belum sepatutnya nyanyuk dah nyanyuk terus. Hentam sana hentam sini gamaknya. Kedaulatan Sultan Perak pun nak dicabarnya. Dah melampau sangat lah tu. Kurang ajar. Biadab.
Orang Melayu Perak dulu bagi mak bapak dia duduk elok-elok kat Malaysia, kat Perak tu. Dah naik sikit, macam kaduk naik junjung, bukan makin pandai tapi makin kurang ajar.

Sultan Melayu kita nak disamanya! Tak ke biadab namanya tu. Politik dia yang dah nak berkubur, nak salahkan orang lain lagi. Geramnya aku kat orang tua seko tu. Mak ayah aku ajar aku jangan kurang ajar dengan orang tua, tapi seko tu aku betul-betul tak boleh tahan..

Balik kita pada Politik PR yang dah hancur luluh kat Perak tu.

MB Perak dulu orang PAS. Majoriti Exco orang DAP. Yang jalankan kerja, EXCO, MB okay okay je tak boleh nak cakap banyak. Geng Exco DAP pulak pegang fotfolio hebat hebat, penting penting punya, ingat Exco PAS, PKR tu senang hati ke. Depan semua orang cakap lunak lunak lah, kita sokong kita sokong. Dalam hati..
Lama-lama sorang sorang angkat kaki. Pemimpinnya pun apa lagi, tuding jari kat orang lain lah pasal nak tutup bangkai sendiri... Bangkai kalau ditutup rapat macamana pun, busuk tetap bau juga..

Masa PAS, DAP, PKR menang kat Perak tu bukan sebab PR tu orang sokong sangat, cuma ramai rakyat Perak tu dah ada rasa meluat kat BN Perak masa tu. BN Perak patut tanya-tanyakan lah Rakyat Perak tu apa sebab musabab sebenar mereka tak sokong BN masa piliharaya ke 12 dulu tu. Buat survey banyak-banyak. Saya tau sedikit sebanyak sebabnya. Tak yah lah nak bagi tau. Kok silap pulak atau pun BN sendiri tak leh terima nanti...

PR Perak .. batu Nisan buat mu ... murah je...

Darker Than Black! Hot and Spicy.

Monday, February 02, 2009

FAM and Malaysia Football

Out you go Sathia..!
I really pity this guy. R. Sathianathan, the former coach of Malaysia Football team.
That's it.
In my point of view, whoever coach the Malaysian football team, will never get the team up anymore. Never, I repeat, NEVER! So sorry to say that..
The technics, the tactics are all rotten old dreams applied by FAM to the team. They thaught they have the best or at least at par compared to outside teams. No, not at all..
Even with Singapore team, our players are struggling to get their feets stand 90 minutes on the field.

Our football players are players of 'do that, do this' mindset. I figure out like this, what ever the coach, the officers, or whoever there managing the team says, they set their mind to those words thrown to them. They lacked out their own skills and I am sure NO players are allowed to show their own skills. "JANGAN NAK TUNJUK PANDAI". I never saw in so many years time any players played with their own skills. Whether they have no skills at all OR they are not to play with their skills. Just follow the coach's instruction and the coach's skill. That's all perhaps.

Skilled players like late Super Mokh, Santokh and few more as we all know once took Malaysia on top, have gone so long. I remember they all played with their own skills added up with technics and tactics from local coachs that time. But now, even with Singapore and Vietnam team, our team is far behind. Lacking in tactics and technics and skills.

Singapore, Vietnam have improved alot. Malaysia? No as far as I know. If Malaysia won a match, I feel something wrong or maybe just a luck...

What about a major reshuffle in FAM itself. Those in FAM now should leave and say sayonara, not only Sathia. The officials in FAM should take full responsibility of them all. LOST after lost, can they just sit there watching Sathia's back walking off ..?

Thursday, January 29, 2009

Piliharaya Kecil Kuala Terengganu

Saya tau, anda tak perlu bagi tau.
Memamng pilihanraya kecil Kuala Ganu tu dah berlalu, dah sudah, dah selesai.
Tapi yang belum selesainya ialah : semua orang orang besar dalam Barisan Nasional (BN)
terutamanya UMNO, belum selesai berfikir lagi. Siang malam duduk berdiri, duduk berdiri, kat ofis ke, kat rumah ke, dalam bilik air ke, masih nak congak-congakan kenapalah kalah juga. Macam-macam perkara dah dibuat kat Ganu tu mintak-mintak menanglah. Kalah juga..Ni lah yang buat badan jadi meroyan tu.

Biar saya cakap sikit kenapa boleh kalah tu. Yang saya nak cakap ni tak ada
kena mengena dengan orang yang masih hidup atau yang sudah meninggal. Open table!

Saya ingat benar sejak saya dah akhil baligh dan sejak saya mula tau apa itu pilihanraya. Terutamanya, tentang politik BN saja, politik pembangkang saya tak mau cakap dulu.

1. Setiap kali, saya ulangi, setiap kali nak pilihanraya, kecil ke, Umum ke, ESOKnya nak mengundi, hari ni SIBUKlah pak-pak menteri, YAB-YAB, YB-YB dari BN ni dok masuk kampung, kampung kat luar ke, kat pendalaman ke, bagi bantuan sana, bagi bantuan sini. Macam-macam bantuan nak bagi orang kampung. Jam-jam tulah sibuk sana sibuk sini bagi bantuan. Semua dok tunjuk kat TV, konon mereka ni dan kerajaan prihatin betul dengan masaalah orang kampung dan rakyat. Tengah-tengah malam pun hulur bantuan lagi. Tak boleh nak tidur dok mengenang masaalah orang kampung. Esoknya hari mengundi...!

2. Setiap kali, saya ulangi, setiap kali nak pilihanraya, esok nak mengundi, kat mana-mana tu, sibuklah kat jalanraya tu kerja-kerja menurap jalan, repair jalan. Tengah-tengah malam pun dok bising lagi repair jalan. Esoknya hari mengundi...!

Saya rasa kedua-dua perkara diatas tu adalah Kempen Lapuk BN dan UMNO!
Kalau zaman datuk saya dulu bolehlah jalankan kempen macam tu nak meraih undi. Orang kampung masa tu terlopong tenguk Menteri datang, YAB datang, YB-YB datang. Datang pulak tu dengan macam-macam buah tangan, macam-macam bantuan. Wah kampung kita hebatlah ada Menteri datang, ada YAB datang, Ewah ewah YB pun ada! Dengan bantuan berasnya. Dengan bantuan duitnya, dengan bantuan basikal untuk anak-anak kesekolah. Tetapi sekarang kalau buat cara macam tu, bantuan tu mereka tetap ambil juga tapi dalam hati RASA MENYAMPAH pun ada. Nak tau kenapa? Esok nak mengundi baru hari ni nampak gigi sengeh-sengeh ! Tergedek-gedek macam ulat sagu jalan kaki masuk kampung.. Basah mandi peluh pun tak jadi hal, punya nak tunjuk prihatin kat rakyat.. Agak-agak orang kampung suka lagi ke stail macam tu, last minute baru nampak gigi ni..
Bak kata Nabil, "Lu Pikir lah Sendiri..!"

Piliharaya Umum lalu pun macam cerita kat atas tu jugalah. Sama juga apa yang jadi kat Kuala Terengganu. Duit Royalti minyak hanya sampai kat Kerajaan Terengganu beberapa hari saja sebelum piliharaya kecil Kuala Terengganu. Banyak Bantuan-bantuan untuk rakyat hanya sampai sebelum matahari terbangun pada hari mengundi.
Yang kita tau, Pilihanraya Umum akan diadakan 4 ke 5 tahun sekali (tak masuk pilihanraya kecil), tak kan lah esok hari mengundi baru hari ni nak buat semua apa yang dijanjikan masa berkempen pilihanraya 4-5 tahun dulu tu. Kelakar betul lah .. Kelakar... kelakar..

Rakyat sekarang adalah rakyat yang berfikiran matang dalam selok belok politik dan apa yang PATUT kerajaan buat untuk mereka dan apa yang TAK PATUT kerajaan buat untuk negara. Orang Politik dah jauh ketinggalan berbanding Rakyat dalam mencongak politik semasa di Malaysia ni..

Apabila Kerajaan Negeri Terengganu membina Masjid Kristal dan membeli Kereta Mercedeze untuk kegunaan Kerajaan Negeri terutamanya Exco-Exco Negeri, dalam hati saya kata "Ini bakal mengundang miang buluh yang tak akan habis-habis miangnya dalam politik BN dan UMNO" seMalaysia, bukan kat Terengganu saja bang oii..

Rakyat sekarang sudah tidak boleh lagi menerima kenyataan bahawa YAB-YAB dan YB-YB memakai kereta MEWAH. Mercedeze adalah berstatus kereta mewah. Rakyat Malaysia tak boleh lagi terima kenyataan Wakil Rakyat atau Exco dan MB memakai kereta Mercedeze sebagai kereta resmi. Bagilah alasan apa sekali pun, rakyat tidak akan menerimanya kerana rakyat akan berkata "MEMBAZIR" dan kata orang Negeri Sembilan pulak, "MENGABIHKAN BOGHEH JO (menghabiskan beras saja)". Malaysia dah ada kereta buatan sendiri. Alasan kata Perdana V6 sampai RM50,000 sekali servis atau repair, Tak masuk akal langsung. Orang hilang akal boleh lah nak koyok temberang macam tu! Kalau pakai kereta Jepun, orangramai masih boleh accept lagi, but not Mercedeze!

Wakil Rakyat dan Wakil Parlimen dipilih oleh Rakyat. Oleh itu mereka harus PEKA kehendak rakyat. Harus peka dengan fikiran Rakyat semasa. Wakil Rakyat dan Wakil Parlimen harus tau, mereka dipilih oleh Rakyat bukan untuk hidup bermewah-mewah dengan kereta Mewah kesana kesini menjalankan tugas Resmi yang memang sepatutnya mereka kena buat kerana mereka dipilih rakyat untuk buat kerja tersebut. Jangan ingat bila dah menang piliharaya, dah jadi YAB dan YB mereka sambil lewa saja jalankan tugas mereka kepada rakyat yang melantik mereka melalui UNDI.

Ingat YAB-YAB,YB-YB semua, Jawatan Anda dilantik melalui UNDI Rakyat, Anda juga akan dilucutkan jawatan anda melalui UNDI Rakyat!

Pembangkang akan sentiasa menggunakan modal "PEMBAZIRAN SANA SINI" oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sebagai MODAL menjatuhkan Kerajaan! Walau apa pun kebaikan yang diperolihi dari Kemajuan yang dibuat oleh Kerajaan, asal ada saja unsur pembaziran yang tidak sepatutnya dibuat, maka itulah modal besar pembangkang. Tak kan tak faham-faham lagi..

Orang kampung sekarang dah cerdik dan pandai menilai tetapi adakalanya SILAP MENILAI juga. Itu pun disebabkan api-apian oleh isu "kerajaan membazir" yang diapi-apikan oleh wakil pembangkang, maka siaplah Piliharaya akan datang, siapa yang patut nanti gulung karpet..

YAB dan YB yang pakai karpet lebar-lebar tu, patut selalu masuk kampung tanya orang-orang kampung tu, apa masaalah mereka. Patut ditolongi atau tidak. Kalau tak boleh ditolongi atas masaalah tempat tu sendiri, bagilah keputusan yang boleh diterima rakyat pada masa tu juga. Apa sebab musababnya. Jangan janji semua Ok, semua boleh je tapi bantuan tak kunjung-kunjung sampai, nanti orang meluat dan menyampah. Patut nak diberi bantuan atau tidak. Apa yang patut lah. Janji kerap ada tunjuk muka hidung kat orang kampung. Itu yang mereka nak. Ni sebut je mesra rakyat. Mesra rakyat apa kalau bila nak Piliharaya je baru nampak tergedek-gedek kat kampung tu..

Dah sampai masanya dah YAB, YB. Tukarlah gaya dan stail nak menangi hati rakyat. Janganlah pakai stail lapuk tu lagi, kalau tak nanti Rakyat boleh tolong gulungkan karpet YAB dan YB tu..

Darker than Black! Hot and Spicy!

Mergapaksi Samirluki.

Monday, January 26, 2009

Mukadimah Kata

Dah lama dah Saya ingin sangat menulis tentang politik Malaysia, terutamanya politik janaan BN.
Dengan adanya blog ini, saya akan menulis dengan sepuas hati. Tetapi dengan cara penuh beretika.
Bukan main hentam sana hentam sini saja.

Idea nak create blog tentang politik Malaysia ni pun dah lama timbul. Masa tak ada nak mulakan.
Hari ni, 26 Jan 2009, tepat jam 11 pg, baru ada masa nak buat. Itu pun terhegeh hegeh cari tajuk.
Bukan orang politik saja atau penganalisa politik saja yang tahu tentang selok belok politik, orang
bukan politik macam saya pun dan ramai lagi orang Malaysia yang tentu arif tentang politik dari
orang politik sendiri.

Ini Intro pertama saya mengenai blog saya ini. Orang-orang politik diluar sana bersiapsedialah
dengan segala macam kritikan saya nanti! Pedas dan Panas! Hot and Spicy!

Darker than Black, Hot and Spicy!

Mergapaksi Samirluki.
adsense4affiliate.blogspot.com