Saya tau, anda tak perlu bagi tau.
Memamng pilihanraya kecil Kuala Ganu tu dah berlalu, dah sudah, dah selesai.
Tapi yang belum selesainya ialah : semua orang orang besar dalam Barisan Nasional (BN)
terutamanya UMNO, belum selesai berfikir lagi. Siang malam duduk berdiri, duduk berdiri, kat ofis ke, kat rumah ke, dalam bilik air ke, masih nak congak-congakan kenapalah kalah juga. Macam-macam perkara dah dibuat kat Ganu tu mintak-mintak menanglah. Kalah juga..Ni lah yang buat badan jadi meroyan tu.
Biar saya cakap sikit kenapa boleh kalah tu. Yang saya nak cakap ni tak ada
kena mengena dengan orang yang masih hidup atau yang sudah meninggal. Open table!
Saya ingat benar sejak saya dah akhil baligh dan sejak saya mula tau apa itu pilihanraya. Terutamanya, tentang politik BN saja, politik pembangkang saya tak mau cakap dulu.
1. Setiap kali, saya ulangi, setiap kali nak pilihanraya, kecil ke, Umum ke, ESOKnya nak mengundi, hari ni SIBUKlah pak-pak menteri, YAB-YAB, YB-YB dari BN ni dok masuk kampung, kampung kat luar ke, kat pendalaman ke, bagi bantuan sana, bagi bantuan sini. Macam-macam bantuan nak bagi orang kampung. Jam-jam tulah sibuk sana sibuk sini bagi bantuan. Semua dok tunjuk kat TV, konon mereka ni dan kerajaan prihatin betul dengan masaalah orang kampung dan rakyat. Tengah-tengah malam pun hulur bantuan lagi. Tak boleh nak tidur dok mengenang masaalah orang kampung. Esoknya hari mengundi...!
2. Setiap kali, saya ulangi, setiap kali nak pilihanraya, esok nak mengundi, kat mana-mana tu, sibuklah kat jalanraya tu kerja-kerja menurap jalan, repair jalan. Tengah-tengah malam pun dok bising lagi repair jalan. Esoknya hari mengundi...!
Saya rasa kedua-dua perkara diatas tu adalah Kempen Lapuk BN dan UMNO!
Kalau zaman datuk saya dulu bolehlah jalankan kempen macam tu nak meraih undi. Orang kampung masa tu terlopong tenguk Menteri datang, YAB datang, YB-YB datang. Datang pulak tu dengan macam-macam buah tangan, macam-macam bantuan. Wah kampung kita hebatlah ada Menteri datang, ada YAB datang, Ewah ewah YB pun ada! Dengan bantuan berasnya. Dengan bantuan duitnya, dengan bantuan basikal untuk anak-anak kesekolah. Tetapi sekarang kalau buat cara macam tu, bantuan tu mereka tetap ambil juga tapi dalam hati RASA MENYAMPAH pun ada. Nak tau kenapa? Esok nak mengundi baru hari ni nampak gigi sengeh-sengeh ! Tergedek-gedek macam ulat sagu jalan kaki masuk kampung.. Basah mandi peluh pun tak jadi hal, punya nak tunjuk prihatin kat rakyat.. Agak-agak orang kampung suka lagi ke stail macam tu, last minute baru nampak gigi ni..
Bak kata Nabil, "Lu Pikir lah Sendiri..!"
Piliharaya Umum lalu pun macam cerita kat atas tu jugalah. Sama juga apa yang jadi kat Kuala Terengganu. Duit Royalti minyak hanya sampai kat Kerajaan Terengganu beberapa hari saja sebelum piliharaya kecil Kuala Terengganu. Banyak Bantuan-bantuan untuk rakyat hanya sampai sebelum matahari terbangun pada hari mengundi.
Yang kita tau, Pilihanraya Umum akan diadakan 4 ke 5 tahun sekali (tak masuk pilihanraya kecil), tak kan lah esok hari mengundi baru hari ni nak buat semua apa yang dijanjikan masa berkempen pilihanraya 4-5 tahun dulu tu. Kelakar betul lah .. Kelakar... kelakar..
Rakyat sekarang adalah rakyat yang berfikiran matang dalam selok belok politik dan apa yang PATUT kerajaan buat untuk mereka dan apa yang TAK PATUT kerajaan buat untuk negara. Orang Politik dah jauh ketinggalan berbanding Rakyat dalam mencongak politik semasa di Malaysia ni..
Apabila Kerajaan Negeri Terengganu membina Masjid Kristal dan membeli Kereta Mercedeze untuk kegunaan Kerajaan Negeri terutamanya Exco-Exco Negeri, dalam hati saya kata "Ini bakal mengundang miang buluh yang tak akan habis-habis miangnya dalam politik BN dan UMNO" seMalaysia, bukan kat Terengganu saja bang oii..
Rakyat sekarang sudah tidak boleh lagi menerima kenyataan bahawa YAB-YAB dan YB-YB memakai kereta MEWAH. Mercedeze adalah berstatus kereta mewah. Rakyat Malaysia tak boleh lagi terima kenyataan Wakil Rakyat atau Exco dan MB memakai kereta Mercedeze sebagai kereta resmi. Bagilah alasan apa sekali pun, rakyat tidak akan menerimanya kerana rakyat akan berkata "MEMBAZIR" dan kata orang Negeri Sembilan pulak, "MENGABIHKAN BOGHEH JO (menghabiskan beras saja)". Malaysia dah ada kereta buatan sendiri. Alasan kata Perdana V6 sampai RM50,000 sekali servis atau repair, Tak masuk akal langsung. Orang hilang akal boleh lah nak koyok temberang macam tu! Kalau pakai kereta Jepun, orangramai masih boleh accept lagi, but not Mercedeze!
Wakil Rakyat dan Wakil Parlimen dipilih oleh Rakyat. Oleh itu mereka harus PEKA kehendak rakyat. Harus peka dengan fikiran Rakyat semasa. Wakil Rakyat dan Wakil Parlimen harus tau, mereka dipilih oleh Rakyat bukan untuk hidup bermewah-mewah dengan kereta Mewah kesana kesini menjalankan tugas Resmi yang memang sepatutnya mereka kena buat kerana mereka dipilih rakyat untuk buat kerja tersebut. Jangan ingat bila dah menang piliharaya, dah jadi YAB dan YB mereka sambil lewa saja jalankan tugas mereka kepada rakyat yang melantik mereka melalui UNDI.
Ingat YAB-YAB,YB-YB semua, Jawatan Anda dilantik melalui UNDI Rakyat, Anda juga akan dilucutkan jawatan anda melalui UNDI Rakyat!
Pembangkang akan sentiasa menggunakan modal "PEMBAZIRAN SANA SINI" oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sebagai MODAL menjatuhkan Kerajaan! Walau apa pun kebaikan yang diperolihi dari Kemajuan yang dibuat oleh Kerajaan, asal ada saja unsur pembaziran yang tidak sepatutnya dibuat, maka itulah modal besar pembangkang. Tak kan tak faham-faham lagi..
Orang kampung sekarang dah cerdik dan pandai menilai tetapi adakalanya SILAP MENILAI juga. Itu pun disebabkan api-apian oleh isu "kerajaan membazir" yang diapi-apikan oleh wakil pembangkang, maka siaplah Piliharaya akan datang, siapa yang patut nanti gulung karpet..
YAB dan YB yang pakai karpet lebar-lebar tu, patut selalu masuk kampung tanya orang-orang kampung tu, apa masaalah mereka. Patut ditolongi atau tidak. Kalau tak boleh ditolongi atas masaalah tempat tu sendiri, bagilah keputusan yang boleh diterima rakyat pada masa tu juga. Apa sebab musababnya. Jangan janji semua Ok, semua boleh je tapi bantuan tak kunjung-kunjung sampai, nanti orang meluat dan menyampah. Patut nak diberi bantuan atau tidak. Apa yang patut lah. Janji kerap ada tunjuk muka hidung kat orang kampung. Itu yang mereka nak. Ni sebut je mesra rakyat. Mesra rakyat apa kalau bila nak Piliharaya je baru nampak tergedek-gedek kat kampung tu..
Dah sampai masanya dah YAB, YB. Tukarlah gaya dan stail nak menangi hati rakyat. Janganlah pakai stail lapuk tu lagi, kalau tak nanti Rakyat boleh tolong gulungkan karpet YAB dan YB tu..
Darker than Black! Hot and Spicy!
Mergapaksi Samirluki.
Thursday, January 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)




