Malaysia Debate|Politik Malaysia

Google

Tuesday, February 10, 2009

Politik PAS.PKR.DAP ala Kaduk naik junjung

PR Perak oh PR Perak...
Kaduk hilang junjung... Akhirnya berkubur jugak...

Bila ada orang yang tak boleh menerima kenyataan dan hakikat bahawa dia hilang kuasa, jadilah seperti di Negeri Perak sekarang ni. Tiba-tiba kuasa yang ada lenyap begitu sahaja. Sekelip mata berkubur. Mana boleh terima. Terpinga-pinga jadinya. Mengigau ke, mimpi ke, betui ka ni. Kecuh hebuhlah segenap negeri... Seperti Singapura dilanggar todak..

Orang tua DAP sorang tu pun semakin melatah-latah kesana kemari. Belum sepatutnya nyanyuk dah nyanyuk terus. Hentam sana hentam sini gamaknya. Kedaulatan Sultan Perak pun nak dicabarnya. Dah melampau sangat lah tu. Kurang ajar. Biadab.
Orang Melayu Perak dulu bagi mak bapak dia duduk elok-elok kat Malaysia, kat Perak tu. Dah naik sikit, macam kaduk naik junjung, bukan makin pandai tapi makin kurang ajar.

Sultan Melayu kita nak disamanya! Tak ke biadab namanya tu. Politik dia yang dah nak berkubur, nak salahkan orang lain lagi. Geramnya aku kat orang tua seko tu. Mak ayah aku ajar aku jangan kurang ajar dengan orang tua, tapi seko tu aku betul-betul tak boleh tahan..

Balik kita pada Politik PR yang dah hancur luluh kat Perak tu.

MB Perak dulu orang PAS. Majoriti Exco orang DAP. Yang jalankan kerja, EXCO, MB okay okay je tak boleh nak cakap banyak. Geng Exco DAP pulak pegang fotfolio hebat hebat, penting penting punya, ingat Exco PAS, PKR tu senang hati ke. Depan semua orang cakap lunak lunak lah, kita sokong kita sokong. Dalam hati..
Lama-lama sorang sorang angkat kaki. Pemimpinnya pun apa lagi, tuding jari kat orang lain lah pasal nak tutup bangkai sendiri... Bangkai kalau ditutup rapat macamana pun, busuk tetap bau juga..

Masa PAS, DAP, PKR menang kat Perak tu bukan sebab PR tu orang sokong sangat, cuma ramai rakyat Perak tu dah ada rasa meluat kat BN Perak masa tu. BN Perak patut tanya-tanyakan lah Rakyat Perak tu apa sebab musabab sebenar mereka tak sokong BN masa piliharaya ke 12 dulu tu. Buat survey banyak-banyak. Saya tau sedikit sebanyak sebabnya. Tak yah lah nak bagi tau. Kok silap pulak atau pun BN sendiri tak leh terima nanti...

PR Perak .. batu Nisan buat mu ... murah je...

Darker Than Black! Hot and Spicy.