Malaysia Debate|Politik Malaysia

Google

Thursday, March 12, 2009

Science and Mathematics In English in Malaysia

Ni dah kecuh satu lagi hal..
Pasal PPSMI pulak. Kok yang buat kecuh tu budak budak sekolah tak lah aku ambil peduli sangat. Ini orang tua tua yang dah bertaitel hebat hebat. Sama hebat macam janggut janggut nya tu.
Orang Melayu ni kalau nak disuruh maju memang susah betul. Ada saja bangkangannya. Tak sudah-sudah.
Aku dulu masa sekolah. Baik sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, kolej ke, aku belajar semua dalam bahasa Inggeris. Bukan Matematik dan Sains saja, wahai tok tok professor ooi, semua mata pelajaran guna BI. Bahasa Malaysia dan Pelajaran Agama Islam saja yang diajar dalam Bahasa Melayu, yang lain semua dalam bahasa Inggeris. Tak pulak aku kat rumah ke, kat jalan ke, kat pejabat ke, kat mana-mana baiklah, asik cakap guna bahasa Inggeris je. Tak ada langsung aku lupakan Bahasa Ibunda aku Bahasa Melayu ni. Kesana kemari aku gunakan BM bila berkomunikasi. Kecuali dengan bangsa lain aku hentamlah BI aku pulak..

Tu ha, yang dikatakan Angkasawan pertama Malaysia yang dah naik angkasa tu, dia guna BM ke dengan orang orang angkasawan Russia dulu tu. Macamana jauhnya jarak bumi dengan angkasa yang angkasawan kita naik tu, macam tu lah jauhnya jarak BM kita dengan Dunia luar tu. Kok tok-tok professor tu dah menjulang tinggi sangat BM kita kat mata dunia, tiba-tiba bila kita guna BI dalam sains dan matematik disekolah, langsung melempemg mertabat BM kita kat mata dunia, bolehlah kok nak bising-bising, riuh rendah, hiruk pikuk sana sini protes. Ini dia pun asik bersajak dengan sastera lama dia tu nak angkat mertabat BM kat mata dunia macamana.

Dulu-dulu zaman penjajah barat menjajah negara kita dulu memang dia orang tu belajar bahasa Melayu ni. Bukan pasal bahasa Melayu bahasa dunia masa tu, penjajah tu belajar bahasa Melayu sebab senang penjajah tu nak cakap, nak tipu Raja Melayu, orang-orang besar Melayu masa tu. Raja-raja Melayu dan orang-orang besar Melayu yang hebat bercakap dengan bahasa Melayu Ibunda sendiri pun dapat di tipudaya, dikotak katik dek penjajah barat yang cakap Melayu masa tu pun simpang-siur bunyinya.

Hari ni, yang serba serbi teknology canggih ditulis dalam BI, bukan sains dan matematik saja, semua berkaitan ilmu pelajaran dunia ditulis dalam BI, kita kat Malaysia ni lagi sibuk tak tentu hala nak guna BM. Dalam pada nak cari ilmuan nak suruh 'translate' buku berkaitan teknology tinggi tu kedalam BM, orang lain semua dah maju kedepan, kita kat Malaysia ni terhegeh-hegeh lagi kat belakang tu cari formula dalam BM. Tu sebablah apa pun ilmu teknology yang dibawa masuk kat Malaysia ni 'ertikata TRANSFER of TECHNOLOGY' tak dapat dibuat, tak dapat diserapkan kat Malaysia ni, kerana kita sibuk nak ilmu tu dalam BM, sedangkan kalau digunakan bahasa teknology tu dengan bahasa yang sediada tu kan lagi mudah, belajar sajalah dengan bahasa asal buku tu.

Ini tok-tok professor yang ketinggalan zaman ni, elok-eloklah mahasabah diri. Jangan asik fikir yang negatif saja, fikirlah yang positif tu lebih banyak. Tak rugi langsung kalau guna BI untuk sains dan matematik tu. Yang pentingnya, orang Melayu maju...

Asik nak protes tak habis-habis.
Aku nak tanya sorang professor yang hebat lebat misai dan janggutnya yang aku nampak beriya-iya sangat protes tu. Apa sumbangan dia untuk meningkatkan martabat BM dalam ilmu sains dan teknology serta matematik kat Malaysia ni. Kalau asik bersatera bersajak saja, tak payahlah... Bersatera bersajak je mana nak maju...zaman Hang Jebat dulu bolehlah...

Darker Than Black! Hot and Spicy!

MergaPaksi.