Lambat sikit je. Sibuk sangat lak sampai tak sempat nak blogging.
Apa pun yang pentingnya, Dato' Najib dah dilantik sebagai PM Malaysia ke-6. Begitu juga barisan kabinetnya dah dibentuk. Tahniah dan Syabas semua!
Saya harap Dato' Najib menyambung kredibiliti Allahyarham Tun Abd Razak, ayahnya. Masa Allahyarham Tun Razak jadi PM dulu, saya baru sekolah rendah, tapi saya dah baca surat khabar masa tu dan dah baca apa yang Allahyarham buat pada Malaysia, Tanahair Ku. Kegemilangan Malaysia bermula dari saat itu. Jasa beliau tak terkira banyaknya walaupun hanya singkat berkhidmat. Saya nak tenguk pewaris dia pulak. Sama atau lebih. Sepatutnya mesti lebih. Zaman dan keadaan dah berubah. Tak kan sama jugak. Jangan kurang.
Yang pentingnya, bukan pada PM saja, tapi pada semua orang dalam kabinet tu. Ambil tahu dan ambil berat apa yang rakyat mahu. Rakyat luarbandar terutamanya. Rakyat luarbandar ni lah golongan yang paling senang sangat kena cucuk dek orang-orang yang kononnya datang melawat tapi sebenarnya datang menyebar fitnah melaun.
Memanglah kerajaan tak dapat nak bawa pembangunan besar-besaran ke luarbandar untuk puaskan hati penduduk luarbandar, tetapi tentu ada secebis dari kek itu untuk orang luarbandar yang menjadikan mereka happy berkerajaankan BN bawah Dato' Najib ni. Kalau setakat asik sebut RM 10 juta untuk ini, RM 20 juta untuk itu, orang kampung mana tahu, meraka tak nampak langsung semua yg dikatakan RM juta-juta tu. Yang mereka tahu, dan sentiasa ambil tahu ialah : beli beras RM XX sekilo, minyak masak RM YY sekilo. Itu je yang mereka ambil tau. Jangan lah nak tunjuk hebat cakap-cakap RM juta itu, RM juta ini. Tak ada depan mata mereka, macamana mereka nak pecaya. Point tak nampak depan mata nilah yang dijadikan tuba dek pembangkang nak racun orang kampung.
Tu sebab, bila ada satu orang dari satu kaum cakap berapi-api, ari ni jadi PM, esok minyak turun, mereka yg dengar ni seronok gila. Walaupun kita (saya) tahu yang cakap tu terkenal pada kita pembohong besar, penipu melangit, bapak temberang janji perkara tak masuk akal punya, tapi bila dia cakap "Kalau ari ni aku jadi PM, esok harga minyak turun RM 10.00 (bukan RM 1.00 ya!), mereka semua ni pecaya buta juga.
Oleh itu pak menteri pak menteri sekalian, jangan lah nak cerita RM XXX juta kita agihkan untuk ini, RM YYY juta kita buat untuk itu, usahkan orang kampung, aku sendiri malas nak dengar. Aku tak nampak semua tu! Aku cuma dapat dengar je.
Tinggal lagi aku ni celik mata celik hati, tak nampak pun aku boleh pecaya. Itu pulak kelebihan aku ni! Jangan marah lak ya...
Pada aku, orang yang banyak pengalaman ni, senang je nak ambil hati rakyat ni. Tak caya cuba ikut formula aku ni. Senang je...
Pada agihkan RM XXX kat sana kat sini tu, ambil sikit dari RM XXX, kata lah 10% je, jadikan sabsidi untuk harga minyak (petrol/diesel), harga tepung, harga beras, harga minyak masak, pokok kata semua harga barang-barang keperluan penting. Lepas tu turunkan semua harga barang-barang keperluan penting tadi tu sekurang=kurangnya paling tidak 15% setiap harga barang. Contoh, minyak petrol sekarang ni RM 1.80, turun 15% jadi RM 1.53, dan seterus dan seterusnya. Barulah rakyat happy dan dapat merasakan apa yang sebenarnya yang dibuat oleh kerajaan bagi mereka. Memang susah bagi kerajaan nak terima dan buat cadangan aku ni, tapi itulah yang selama ni dicucuk oleh pembangkang pada rakyat.
2 pilihanraya kecil baru lalu menampaknan hakisan kepercayaan rakyat pada kerajaan. Sikit sikit dah terhakis, lama-lama? Puncanya? Tak lain dan tak bukan ialah adanya satu satu orang dari satu kaum yang mengapi-apikan yang kalau dia dan partinya memerintah, semua yang tak masuk akal tu mereka boleh buat. Sedangkan kerajaan sedia ada asik dengan acuan lama, cara lama, cara lapuk nak ambil hati rakyat sedangkan 80% rakyat tak nampak langsung apa yang kerajaan dah buat bagi mereka. Yang dapat menafaat lebih hanyalah kalangan orang kerajaan dan yang berkaitan saja. Sedangkan orang kampung, rakyat luarbandar, peneroka, yang berpendapatan rendah, yang miskin masih lagi membeli beras dengan harga paling rendah RM28.00/10kg.
Pak menteri sekalian tak rasa susah. Beras RM 60.00/kg pun tak jadi hal. Orang kampung tu?
Buatlah sesuatu yang rakyat dapat merasa faedahnya. Hari ni kerajaan buat, hari ni juga rakyat dapat rasa faedahnya, nikmatnya. Tak lain dan tak bukan melainkan segala-galanya berkiatan harga barang keperluan harian!
Barulah hati rakyat senang, happy.
Tak payah pilihanraya pun kerajaan BN akan sentiasa tetap dihati rakyat. Rakyat akan tetap mengundi BN didalam hati mereka...
Kerajaan Malaysia kerajaan berduit, kalau tak tak kan RM 7 billion, senang-senang boleh inject.. tapi aku sendiri tak dapat nikmati nya pada hari ini jugak, nak tunggu berapa tahun agaknya ya..... atau.. entahlah..
Nak laksanakan memang susah. Tapi kerajaan pilihlah sendiri.. nak semakin hilang terhakis atau kekal dihati rakyat...
Darker Than Black! Hot and Spicy!