Malaysia Debate|Politik Malaysia

Google

Sunday, March 29, 2009

Perhimpunan Agung UMNO

Salam untuk semua orang Melayu di Malaysia, orang UMNO lah siapa lagi.

Perhimpunan dah habis. Pemilihan pun dah selesai. Kita dah tahu siapa terpilih, siapa yg tak terpilih. Yg terpilih, sama-samalah kita ucapkan tahniah. Yg tak terpilih, sama-samalah kita ucapkan salam...
Adat bertandinglah ada menang ada kalah. Tak kan semua menang. Kalau semua menang tak lah namanya bertanding. Hanya satu perkara sahaja yg kita boleh sama-sama menang, yakni, anggaplah semuanya WIN-WIN, Menang-Menang. Dapat masuk bertanding, ada orang calonkan untuk bertanding tu, dah kira menanglah tu.

Orang UMNO nak pembaharuan dalam parti. Mereka lantik melalui undi mereka siapa yang mereka fikir boleh membawa pembaharuan tersebut. Maka mereka-mereka yg menang tu patut tahulah tugas mereka lepas ni. Jangan asal ada saja perhimpunan, cakap pun berapi-rapi, nak pembaharuan itu, nak pembaharuan ini. Tak nak cakap direct, cakap dengan pantun-pantun, berbunga-bunga, lintuk liuk wakil-wakil bagi tau mereka nak pembaharuan. Bila dah dipilih, yang kena pilih sama saja rentak lagu macam dulu-dulu. Mulalah kedengaran sana sini, rasuah politiklah, skandal lah, kes itu kes ini lah. Macam-macam lah tu mula timbul. Belum sempat buat pembaharuan, dah kena tonyoh dengan macam-macam kes, skandal. Ni yang aku benci sekali dengan perangai orang politik UMNO ni. Tak boleh menerima hakikat kekalahan. Nak menang je...

Yang menang tu pun kena ingat-ingat sentiasalah ya, belum tentu kemenangan tu boleh sampai ujung jalan. Sejarah pemilihan UMNO dulu-dulu banyak catatan buruk. Dah menang, mulalah timbul sok-sek sana sini. Ada yang menang tu, tiba-tiba kena tindakan singkir pulak.. Sebabnya... POLITIK WANG. Yang timbulkan tu bukan orang luar dari kalangan musuh UMNO, bukan orang PAS, bukan orang PKR, bukan orang DAP. Tetapi dari orang dalam UMNO tu sendiri.. Orang yang tak boleh menerima hakikat kekalahan. Yang kalah atau penyokong yg kalah, Mulalah korek sana korek sini, gali lubang, cari lubang nak jatuhkan yg menang tadi tu. Silap-silap yg menang tadi tu tersembam dalam lubang-lubang yg digali dek orang UMNO tadi tu...

Ingatlah ya, orang-orang UMNO yg dengki khianat, irihati melambak timbul setiap kali lepas selesai Perhimpunan... Bak kata pepatah Melayu, macam cendawan tumbuh lepas hujan. Cendawan beacun... tak leh makan punya..

Darker Than Black! Hot and Spicy.

Badleeshah

0 comments:

Post a Comment